Wanita Yang Suka Kentut Depan Pasangan Adalah Seorang Yang Jujur
Loading...
Loading...

Kentut merupakan proses keluarnya gas yang telah dihasilkan di dalam saluran pencernaan melalui anus.
Setiap
orang sudah pasti akan ‘melepaskan hajat’ ataupun kentut. Kentut
dibebaskan dengan tekanan yang kuat atau perlahan ,tanpa bunyi atau
berbunyi . Ianya akibat otot sfinkter bertenang secara sengaja atau
tidak sengaja.
Ada
dikalangan kita tidak suka kentut sesuka hati ditempat awam kerana ia
dianggap perbuatan yang kurang sopan dan sangat kurang ajar. Namun
begitu, kentut adalah salah satu perbuatan yang bukan disengajakan,
kadang kala ianya keluar tanpa sengaja.
Sesetengah
orang menganggap kentut bukan sesuatu yang boleh ditahan-tahan, itu
tidak wajar di tempat awam ataupun dihadapan orang, kerana dianggap
tidak sopan. Selalunya kaum lelaki suka kentut di tempat awam, bagi
mereka ianya perkara biasa yang tidak perlu dimalukan.
Bagi
wanita pula, ada diantara mereka segan kentut di tempat awam kerana
menganggap ianya tidak wajar, kerana bau kentut akan menganggu suasana
dan tidak sopan. Namun begitu, bagi sesetengah orang menilai peribadi
seseorang melalui kentut!
Wanita
yang kentut di tempat awam dikatakan mempunyai peribadi yang lebih
jujur dan bersifat terbuka. Adakah ianya betul atau sekadar sindiran
bagi kaum wanita?
Bagi
sesetengah orang berpendapat bahawa, mereka yang tidak merasa segan
apabila terkentut dihadapan temannya, mereka seorang yang sangat berani
dan jujur. Namun begitu, jangan pula anda sesuka hati kentut melainkan
anda tidak sengaja.
Kesimpulannya
adalah, kentut itu tidak salah, tetapi biar kena pada masa dan
tempatnya. Jika sudah tidak tahan untuk kentut, sebaiknya anda bawa diri
ke tempat yang agak jauh dari teman anda, supaya bau kentut anda tidak
terhidu dan tidak menganggu orang lain ya!
Loading...
0 Response to "Wanita Yang Suka Kentut Depan Pasangan Adalah Seorang Yang Jujur"
Posting Komentar