Suami Tolonglah Faham, Bila Isteri Selalu Marah Tandanya Dia Terlalu Penat
Loading...
Loading...
Jangan
anggap wanita yang pendiam tiada masalah dalam kehidupannya sebagai
isteri dan ibu. Wanita memang dilahirkan dengan kebolehan menyimpan
kesedihan, tetapi jika melebihi had, mereka boleh jadi stres.
Namun,
ramai suami tidak faham kenapa isteri boleh jadi stres. Ada menganggap
isteri mengada-ngada dan menuduh isteri tidak buat kerja dengan ikhlas
dan berkira.
Isteri hanya minta suami memahami dan membantu mereka dalam rumah tangga supaya kuranglah serba sedikit tekanan yang dihadapi.
Berikut 6 sebab yang perlu suami tahu kenapa isteri anda stres!
Isteri Penat Buat Semua Kerja
Ramai
cik abang menggelarkan isteri sebagai SuperMom, WonderMom atau
SuperWomen tetapi sehebat dan sekuat mana pun ibu itu, isteri masih
memerlukan bantuan suami.
Lagi
memberikan tekanan apabila suami tidak reti membantu kerja rumah atau
menguruskan anak dan isteri membuat semua kerja sendirian tanpa bantuan.
Cik
abang tahu mengarahkan saja. Isteri pun tahu penat, jadi ringankan
tangan membantu isteri di dapur tanpa diminta, sekurang-kurangnya
kemaskan meja makan atau cuci pinggan.
Tiada Masa Me Time
Ibu suri rumah tiada masa untuk diri sendiri. Ketika sedang membuang air besar pun sentiasa ditemani anak.
Jadi,
mustahil ibu ada masa untuk diri sendiri walaupun sejam. Sebagai suami,
berikan masa kepada isteri meluangkan masa sendiri. Benarkan isteri
buat perkara yang dia mahu buat tanpa gangguan anak-anak seperti pergi
spa dan salon.
Isteri Adalah Ibu Dan Ayah
Suami
banyak lepas tangan dalam menjaga anak, bukan saja di rumah tetapi
hingga kepada pengurusan anak-anak di sekolah. Ketika hari sukan, ambil
keputusan anak, hari perjumpaan ibu bapa, semua isteri lakukan sendiri
tanpa suami ambil tahu.
Sesibuk mana pun, luangkanlah masa untuk anak. Jangan serahkan 100 peratus tugas kepada isteri.
Isteri Mahu Suami Luangkan Masa Untuk Keluarga
Isteri
mahu suami tahu mengimbangi masa kerja dan keluarga. Jika Isnin-Jumaat
suami bekerja, ambil masa pada hujung minggu untuk luangkan bersama
keluarga. Bukan keluar lepak dengan kawan. Isteri juga perlukan rehat
dan kasih sayang.
Suami
jangan lupa isteri juga perlukan perhatian dan bukan hubungan intim
semata-mata. Kepada suami yang kerja hingga hujung minggu, luangkan masa
bermain bersama dengan anak sebentar pun tidak kisah asalkan ada di
rumah bersama keluarga sudah cukup.
Tiada Komunikasi
Ramai
suami sekarang lebih suka bermain telefon dan gelak sendirian daripada
berbual dengan isteri. Isteri mana tidak tertekan, kadangkala apabila
isteri bercakap umpama bercakap dengan dinding, tidakpun mengangguk
tanda faham, tetapi sebenarnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Bila
isteri cakap tidak fokus, boleh pula salahkan isteri tidak beritahu
awal. Kalau sudah gila telefon, apa kata, cik abang ambil saja telefon
dan hantar mesej kepada isteri, itu pun salah satu cara komunikasi juga.
Mudahkan?
Tiada Keseronokan Dalam Hubungan
Jika
keadaan ini berlaku pada isteri ia satu petanda tidak baik dalam
hubungan rumahtangga. Suami jangan biarkan isteri mempunyai perasaan ini
kerana ini boleh menyebabkan isteri rasa mereka tidak disayangi atau
suami ada perempuan lain.
Dalam
hubungan, kena ada gurau senda, dan lawak jenaka baru timbul
keseronokan. Caranya mudah, layan isteri seperti mana anda bercinta
dahulu.
Kesimpulannya,
suami jangan biarkan isteri buat semua kerja sendirian. Luangkan masa,
dengar dan fahami isteri. Janganlah apabila isteri sudah tiada perasaan
dengan anda, baru rasa mahu berubah.
Isteri
apabila move on, selembut-lembut hati wanita pun tidak mungkin anda
boleh pujuk, walaupun menangis air mata darah sekalipun.
Loading...
0 Response to "Suami Tolonglah Faham, Bila Isteri Selalu Marah Tandanya Dia Terlalu Penat"
Posting Komentar